Archive for Disember, 2010


selamat tahun baru

selamat tahun baru 2011 buat semua warga dunia .terima kasih kepada pambaca ,colecter yang memberi komen dan info info tanpa mereka ,aku jadi tak tau pasal apa barang yang aku ada.dengan ada nya anda semua aku taulah sikit sikit taklah sehebat mana ,aku kan orang baru dalam arena ni .apapun terima kasih semuanya.jika ada tulisan yang menyinggung mana mana pihak maaf dipinta.

Advertisements

beg pepsi

beg sandang PEPSI

beg pepsi ni aku dapat masa aku ronda kat pasar karat batu pahat.mulanya aku malas nak beli bila fikir payah nak jumpa ,ada logo pepsi lak tu,yang paling best ada pulak colecter yang suka kumpul barang pepsi .tak kisah beg ni asal dari mana yang penting ada logo pepsi .ni chenta pepsi suka ni..

pandangan sisi

dah pakai ok  gak

rak nescafe

rak nescafe

waktu aku beli barang kat kedai hardware ditempat aku ternampak pulak rak nescafe ni siap bungkus plastik lagi.harga murah beli lah 4 set .terus letak kat bengkel.mulanya tak tau nak buat apa ngan rak ni .tengah buat kerja ternampak lak botol ,ambik cuba letak kat rak tu.. 1 rak muat 8 botol ,bawak balik terus pasang .nampak ok pulak.

poster dumex

poster ni aku dapat 1 kedai ngan tin duit cap teko hari yang sama.aku rasa poster ni tahun 1978 .sebab kat poster ada tulis .cara hadiah percuma dumex .simpanlah kopon percuma dumex anda dan tukarkannya dengan pinggan mangkuk dumex yang indah ini dengan percuma.mulai september 25 .1978 di semenanjung malaysia,sabah dan sarawak sahaja.dulu bila beli susu dumex kat dalam ada kopon yang boleh ditukar dengan pingan mangkok  cawan ,teko bergantung jumlah kopon yang kita ada.

mangkuk salad DUMEX 42 kopon

ragum lama

ragum lama ni aku dapat kat tempat besi buruk .ragum ni digunakan untuk mengikat barang untuk tidak bergerak .seperti untuk mengergaji besi dan banyak lagi kegunaan ragum ni.tapi buat masa sekarang ragum ni untuk disimpan je.dah pencen.

ragum lama dan baru

mirinda

mirinda pertama yang aku dapat warna hijau .bila dah dapat lain baru seronok macam macam gambar ada.yang hijau tu logo dah samar samar tapi sama ngan yang nombor 2.

7 up

7 up

7 up nombor 2 dari  kiri tu yang mula mula aku dapat.masa tu aku malas nak simpan bila dapat yang pertama dari kiri ,aku tengok logo dia lain ,ni yang tambah minat nak simpan .yang pertama dari kiri tu aku dapat dah pecah 4, aku cuci dan gam.cari punya cari dapat lagi yang berlainan logo ni yang tambah semangat ni.biasanya aku tak tau keluaran keberapa dan tahun bila dipasarkan.tapi aku suka susun sebaris tengok logo dia lain lain.bila ada orang yang baik hati beritahu aku akan tulis di bahagian bawah botol.

magnolia

magnolia lama ni ada 2 je buat masa ni satu masih ada air lagi didalamnya tak tau lah ni keluaran ke berapa dan tahun bila .air kat dalam cam air sarsi.

kat bahagian ni ada tulis

Heres Health

CONTENTS 10 OZS

COLD STORAGE CREAMERIES

Singapore. Kuala Lumpur .Peneng

kat bahagian bawah SG 96

kawan aku awang bagi dia dapat kat terangganu .makin banyaklah botol fn aku.

coke 290 ml

coke 290 ml ni aku dapat kat rumah tinggal kat estet di yong peng .kata megat ni keluaran ke 7.ada tulis TRADE MARK REGISTERED CONT 290 ML.

 

kat bahagian ni ada tulisan cina 8 perkataan .ni lah agaknya dinama kan cina panjang.

komeng sedang mengali botol

tempat ni biasanya dulu ada pokok bunga gunakan botol sebagai pagar.

banyak botol dapat tapi tulisan dah tak nampak coke 290 ni satu yang nampak ok.

SASARAN PENCARIAN

 

rumah tinggal lama biasa nya ada banyak botol tapi tak pasti lah botol air atau botol kicap yang banyak.tapi kena pastikan tempat yang kita masuk telah dapat kebenaran tuan tanah atau warisnya terlebih dahulu.ni rumah tinggal atuk komeng sebab tu dia ada sekali.

TIN DUIT MILO

TIN DUIT MILO

tin duit milo ni aku dapat sama hari dengan tin duit cap teko.3 barang aku dapat hari tu tin milo,tin cap teko ngan poster dumex,aku dah tanya pada taukey kedai tentang tin duit tapi dia kata dah tak de.aku pun parking motor kat kedai dia aku ronda jalan kaki,kedai ke 2 aku pegi ada tin duit milo,dia cakap harga nak jual ,bila aku suruh ambik aku nak tengok,dia kata kalau ada duit boleh tengok .aku terus blah maklumlah aku datang pakai baju kerja jalan kaki lak tu.kalau ada sapa berhajat aku boleh setelkan.kedai ke3  aku dapat tin cap teko ngan poster dumex.balik nak amik moto aku saja je tunjukkan apa aku dapat time tu juga dia cari tin dia rupanya kat luar kedai.siap dia tunjukkan 2 biji lampu gasolin nak jual.dapat juga aku tin ni.

SEMOGA MAKMUR SENTIASA

SEMOGA MAKMUR SENTIASA setelah dialih bahasa.pandai pandai je aku ni..