disinilah berlangsungnya botologi hi teapada 29 jan 2011.

sebahagian barang barang lama yang ada kat cafe ni kalau nak tengok lebih banyak lagi sambil makan dan minum diiringi alunan muzik lagu lagu lama silalah datang kesini.

mamber aku komeng yang sempat control handsome kat sini masa botologi hi tea tempohari.

abang ipar aku yang jemput aku dari bukit jalil bawa kesini walaupun sesat 3-4 kali .dah guna gps pun tak jumpa,mungkin gps aku dah lama tak update kot.balik terus ke low yat update baru.

banyak juga barang barang untuk  dijual.sapa yang nak beli boleh beli ,nak menjamu mata pun boleh.

tengah bincang projek juta juta.

botol yang aku dapat dari bro megat hasil dari pertukaran 3 biji botol fn 200ml dan 3 botol fn besar masih ada air semuanya.bro megat suruh aku pilih botol mana aku nak tapi aku segan.aku memang nak sangat botol coke embos tu ,tapi aku tengok harga nya boleh tahan juga.tak kan aku nak pilih botol tu .bro megat ambik botol tu dan botol coke no. 12 di suruh pilih lagi aku  pilih lagi 2 aku akata boleh tak.dia kata boleh.apahal pun terima kasih ganda 23.

dengan ini maknanya botol coke malaya aku dah ada 11 biji kurang lagi 5 kot .cari jangan tak cari.

botol long chan dan cawan ni pun aku dapat hasil dari pertukaran dengan 3 botol fn dari bro wadi.mula mula dia tak bagi gelas mirinda m tu kata nya ada 1 je .tapi akhirnya bagi juga.terima kasih bro.kalau aku dari batu pahat ada botol eng lam dari batu pahat sedang eloklah dapat botol long chan dari negeri jiran melaka.

gelas tu boleh aku padankan dengan botol green spot aku.

botol coke arab 400 ml sumbangan en mat yang aku dapat dalam kuiz yang terakhir.en mat bertanya apakah nama blog saya,aku pun jawab hobi en mat,dapatlah aku botol ni.botol kaca tu..

botol pepsi ni aku dapat pemberian fitri barang old skool masa aku nak balik.terima kasih banyak banyak,tak de apa aku nak bagi kat kau,aku bawa botol 9 biji habis semua.

botol pemberian bro megat kepa aku kawan aku dan abang ipar aku seorang sebiji .terima kasih semoga jumpa lagi semua.

Advertisements