di kawasan inilah aku pernah datang pada n3 aku yang lepas dimana botol coke malaya no 2 aku temui pepsi m no 1,pepsi m no. 4 yang dah arwah diatas permukaan tanah je dah nampak botol yeos no.1 yang dah pecah mungkin kalau gali rakan rakan seangakatan kemungkinan besar ada dibawah.kat sinilah yang pernah aku ceritakan aku nak minta kebenaran tuan tanah untuk mengali.

aku dan kawan aku komeng ambil keputusan untuk mencari tuan punya kebun tersebut.susah juga nak mencari sebab kawasan ni bukan tempat aku.setelah bertanya dan mencari info yang aku dapat dari seseorang yang aku bertanya katanya tuantanah tu tinggal disingapore.laa ni sudah leceh takkan nak ke singapore,nasib baik ada uncle yang jaga kebun tu berpuluh tahun lamanya .terus je aku kerumah uncle tu tapi…jawapan yang aku terima agak mengecewakan.uncle tu berkeras tak benarkan masuk kalau masuk juga dia akan report polis.ni sudah berat ni.katanya lagi dulu pernah  orang gali untuk dapatkan besi buruk akibat nya lorong untuk menolak sawit rosak kaca pecah bertaburan.tu yang dia tak bagi sekarang ni.

setelah bertepuk bahu dan pujuk memujuk mengunakan aura dragon ball peringkat ke 7.akhirnya dapat lah aku cari tapi dengan syarat tak mau gali kata uncle tu.kawasan tu banjir lak tu jadi tak dapat lah aku cari semua tempat uncle tu siap tolong cari sekali .menurut kata uncle tu dulunya disinilah tempat membuang botol sebab takde tempat nak simpan.hajat nak tanya dulu .dah disuruh cari.apalagi .ingat dah tak boleh cari lain kali.tapi bila aku tanya ,kalau air sudah kering wa mau datang tengok ,nanti wa jumpa sama lu dulu.uncle tu cakap datang lah tak payah jumpa wa,kalau olang tanya cakap sulaa cakap sama wa.ni sudah bagus.

apa sangat lah yang dapat kalau tak gali.kira ok lah dari tak dapat.dari kisah ini dinasihatkan minta kebenaran dulu sebelum masuk dan jaga orang punya kawasan kalau tak nanti orang lain tak dapat masuk lagi.

Advertisements