Archive for Mac, 2011


kisco kaca hijau

2 biji botol kisco hijau berlainan jenis.dibahagian depan tiada perbezaan diantara kedua dua botol ni,dibahagian belakang ada perbezaan yang jelas kelihatan.disebelah kanan terdapat tulisan cina kalau dalam bahasa malaysia bermaksud kegembiraan berganda kalau tak salah lah.terima kasih buat bro wadi sebab bagi botol hijau ni secara percuma.

sama juga seperti botol yang berwarna putih ni..

Advertisements

kali ni aku dapat pulak botol long chan bross estd 1910 ,botol long chan yang aku ada dulu adalah trade mark di logo ayam.

bahagian belakang cap ayam dan dunia,lamnet,buatan ,long chan bross,syarikat lamnet.

kiri estd 1910 yang lain semuanya trade mark.

dibahagian belakang ada perbezaan 2 dari kiri tulisan kuning,putih dan tulisan merah.


botol guli

pastinya ramai yang ada menyimpan botol codd yang dasat dasat seperti fn ,kinta aerated water dan banyak lagilah,bagi aku sebiji botol guli pun takde sehingga lah aku dapat botol ni semasa mencari dengan bro wadi tempohari,yang tak sedapnya tokey tu kata botol ni dari jepun,yang sedapnya ianya percuma tokey tu bagi.jenama glinter,glass ball soda drink.bagi aku yang tak pernah mempunya botol guli ianya terlalu menarik.

setelah aku belek belek terpandang pula perkataan sold agent-KEKO MARKETING (M) SDN BHD no 3178 mukim 15 lot5777 jalan seladang satu,taman selamat 14000 bukit mertajam peneng,malaysia adakah air ni dari jepun untuk pasaran malaysia atau dari malaysia untuk pasaran jepun.tak pernah nampak pulak aku air ni dijual kat tempat aku tak tau lah kalau kat tempat lain ada.kalau ada info tentang botol ni sila beritahu,untuk dikongsikan.

botol botol botol

pagi semalam jumaat pagi lagi bro wadi dari kl dah sms kata nak turun batu pahat,ada can korek korek botol ni,biasa nya ada je botol free yang dia dah terlebih untuk bagi kat aku.petang sampai juga dia kat rumah aku dapat juga aku 3 biji botol dari dia kebetulan aku tak de botol tu,dah sampai sini apa lagi..

bro wadi banyak ambik botol chin sin,nak bagi kawan kawan ke?sapa nak jumpa dia ..

tokey senyum memanjang ..senyum ada makna tuu..

aku punya ada perrcuma ada yang bayar ,akan diceritakan satu persatu di keluaran akan datang.

free..cam ne boleh dapat tunggu…

taklimat tentang botol terima kasih bro wadi senang senang datang lah lagi.dah terlanjur datangĀ  aku kirim sekali sekali botol dan barang untuk kawan kat kl tu jimat sikit tak yah pos,kalau dah sampai cerita lah kat blog boleh kongsi info pasal botol,okey bersambung..

nestum

tin nestum lama ni taklah berapa lama sangat pun era 80 an kot sebab kat bahagian bawah tin ada tarikh luput iaitu 11 dec 86,dah payah juga nak nampak tin cam ni sekarang,gambar tiga orang didepan tin yang mengambarkan semua lapisan usia boleh memakannya.

bekas air coke

 

 

 

 

 

bekas untuk mengisi air batu cocacola nampak menarik tu yang aku simpan tu.dah nampak tak ambik rugi ,ambik jelah boleh juga buat tambah tambah barang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

pembuka botol

nak minum air soda kenalah ada pembuka botol .ini adalah pembuka botol yang aku ada tentu ramai di luar sana yang ada bermacam jenis pembuka botol dari jenama berlainan.ini adalah pembuka botol fn.depan belakang tulisan yang sama.

 

 

pembuka botol sinalco dibahagian belakang tulisan national.

gelas yeos

diantara gelas gelas yeos yang ada buat masa sekarang.esok lusa belum tau lagi

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

sinalco

ni aje lah botol sinalco yang aku ada belum jumpa yang lain lagi.kedua dua botol ni ada kelainanya.botol disebelah kiri kasar dan botol disebelah kanan licin.

kat leher botol ada lilitan merah satu lagi tak de

lesung kayu lama

lesung kayu lama ni aku jumpa ditapak rumah yang dah ditinggalkan lebih dari 40 tahun.terus aku cari tuan punya tapak rumah tu untuk minta lesung tu,akhirnya jumpa juga tuannya dan dapat dengan percuma.begini lah keadaannya masa aku dapat.

setelah dicuci dengan air dan disapu dengan clear beginilah hasilnya.

acidwelding

acidwelding