Archive for April, 2011


gelas 7up fido dido

antara gelas 7 up fido dido yang sempat aku simpan ,gambar fido dido masih lagi digunakan di tin 7 up sekarang.gelas ni ada macam macam aksi fido dido,masa baru baru keluar 7 up dengan gambar fido dido dimerata tempat boleh dilihat gambar ni dari t-shirt, sticker ,tembok ,sampai kat buku sekolah pun diconteng gambar ni..

Advertisements

lesen berniaga barang barang runcit majlis dearah kluang utara kawasan kampung paya,siapa siapa yang duduk di kluang pasti tau tempat ini,dikeluarkan pada tahun 1978.

gambar botol

masa selongkar barang barang kat batu pahat ternampak pula benda ni kat bawah  almari ,gambar botol botol soda dan tahun keluaran tak pasti pula siapa yang buat benda ni,bolehlah buat rujukan,orang cam aku mana tau sangat pasal botol..baru nak belajar dan menyimpan..

beg kertas

dulu dulu kalau berbelanja selalu dapat beg kertas macam ni.ini adalah contoh beg kertas lama yang aku ada.beg kertas ni dari siew fatt no.6 jalan pasar bharu,kuala lumpur.telephone no.23890.jika dilihat nombor telephone masih 5 angka.dan gambar tin minyak kacang masih mengunakan kiraan kati.kebiasaan nya beg kertas begini mengunakan warna berlainan depan belakang.tak pasti tahun berapa beg ini dikeluarkan dan masih wujud lagikah tempat ni…

gelas coke

 

 

gelas cocacola go for real thing antara gelas yang aku ada masih terlalu banyak nak kena cari untuk lengkapkan siri gelas coke ni ,pada aku jumpa harga kena sambar je ,kalau tak cukup besar nak minum guna je gelas dibawah ni..

 

 

 

 

 

 

gelas peacock

gelas peacock brand dari national  aerated water company ltd ,tak dapat botol peacock dapat gelas peacock pun jadilah..

makan time

dah sampai masa makan.makan time,is coke time.bersaiz 19 x 15 inci ,tak pasti pulak benda ni letaknya dimana dan dari mana asalnya,ada tulisan makan time dari malaysia kot .pasti ramai pakar pakar coke  yang lebih tau lagi..

coca cola,coke ,vanila coke,the modified dynamic ribbon and the contor bottle are trademark of cocacola company.