Category: barang lama


peti kayu kickapoo

 

antara peti kayu yang ada dalam simpanan aku adalah peti kayu kickapoo ni,keadaanaya tak lah memuaskan sangat.tertera tilisan drink kickapoo joy juice dibahagian depan sahaja dikiri kanan dan bahagian belakang tiada tulisan.peti kayu ni mengunakan dawai sebagai pengikat untuk menguatkan peti ni.

 

lesen berniaga barang barang runcit majlis dearah kluang utara kawasan kampung paya,siapa siapa yang duduk di kluang pasti tau tempat ini,dikeluarkan pada tahun 1978.

beg kertas

dulu dulu kalau berbelanja selalu dapat beg kertas macam ni.ini adalah contoh beg kertas lama yang aku ada.beg kertas ni dari siew fatt no.6 jalan pasar bharu,kuala lumpur.telephone no.23890.jika dilihat nombor telephone masih 5 angka.dan gambar tin minyak kacang masih mengunakan kiraan kati.kebiasaan nya beg kertas begini mengunakan warna berlainan depan belakang.tak pasti tahun berapa beg ini dikeluarkan dan masih wujud lagikah tempat ni…

pembuka botol

nak minum air soda kenalah ada pembuka botol .ini adalah pembuka botol yang aku ada tentu ramai di luar sana yang ada bermacam jenis pembuka botol dari jenama berlainan.ini adalah pembuka botol fn.depan belakang tulisan yang sama.

 

 

pembuka botol sinalco dibahagian belakang tulisan national.

lesung kayu lama

lesung kayu lama ni aku jumpa ditapak rumah yang dah ditinggalkan lebih dari 40 tahun.terus aku cari tuan punya tapak rumah tu untuk minta lesung tu,akhirnya jumpa juga tuannya dan dapat dengan percuma.begini lah keadaannya masa aku dapat.

setelah dicuci dengan air dan disapu dengan clear beginilah hasilnya.

acidwelding

acidwelding

 

kacip pinang

kacip pinang lama ni dulu digunakan untuk memotong pinang menjadi cebisan halus supaya senang  dijadikan ramuan untuk memakan sireh.ada bermacam macam jenis kacip ni.ada yang berbentuk  burung dan lain lain .kacip yang aku ada taklah secantik mana.mungkin dari kacip mengambarkan kedudukan seseorang .kalau golongan atasan mungkin bentuk kacip nya lebih cantik dan lebih mahal.itu pandangan aku je.

dacing lama

dacing lama dulunya diganakan untuk menimbang berat sebelum ditukar kepada sistem metrik.mengunakan sistem mayam,tahil,kati dan pikul.

ragum lama

ragum lama

ragum lama ni aku dapat kat tempat besi buruk .ragum ni digunakan untuk mengikat barang untuk tidak bergerak .seperti untuk mengergaji besi dan banyak lagi kegunaan ragum ni.tapi buat masa sekarang ragum ni untuk disimpan je.dah pencen.

ragum lama dan baru

CAWAN GETAH KACA

CAWAN GETAH

biasanya orang panggil cawan getah.benda ni orang gunakan untuk tadah susu getah bila menoreh.cawan getah ni payah nak jumpa lagi kalau ada pun bukan dari kaca .yang ni diperbuat dari kaca.

RADIO LAMA

RADIO TOSHIBA

radio lama toshiba ni aku dapat kat tempat jual besi buruk .aku selalu ke tempat cam tu untuk cari barang barang berharga .radio ni aku beli ngan harga rm 15 .nasib aku baik balik aku test kat rumah terus hidup tak yah repiar .siaran dia biasalah siaran am,mw,sw1,sw2,sw3,dulu mana ada fm cam sekarang.bolehlah dengar siaran radio kebangsaan.badan radio ni di balut ngan kulit.

EARPHONE LAMA

earphone lama ni aku dapat dengan radio diatas.dibelakang radio tu ada kotak khas untuk simpan earphone.earphone ni didatang kan sekali ngan radio tu,yang bestnya ia masih berfungsi dengan baik.