Category: botol lama


botol botol botol

pagi semalam jumaat pagi lagi bro wadi dari kl dah sms kata nak turun batu pahat,ada can korek korek botol ni,biasa nya ada je botol free yang dia dah terlebih untuk bagi kat aku.petang sampai juga dia kat rumah aku dapat juga aku 3 biji botol dari dia kebetulan aku tak de botol tu,dah sampai sini apa lagi..

bro wadi banyak ambik botol chin sin,nak bagi kawan kawan ke?sapa nak jumpa dia ..

tokey senyum memanjang ..senyum ada makna tuu..

aku punya ada perrcuma ada yang bayar ,akan diceritakan satu persatu di keluaran akan datang.

free..cam ne boleh dapat tunggu…

taklimat tentang botol terima kasih bro wadi senang senang datang lah lagi.dah terlanjur datang  aku kirim sekali sekali botol dan barang untuk kawan kat kl tu jimat sikit tak yah pos,kalau dah sampai cerita lah kat blog boleh kongsi info pasal botol,okey bersambung..

chin sin


botol teh herba chin sin 285 ml ni tak pasti pulak keluaran tahun berapa mungkin ada yang menyimpan botol cam ni.

tonic chop gajah

tonic chop gajah dulu nya didatang kan bersama gelasnya tapi gelasnya dah tak dapat diselamatkan serta lebelnya,ini ajelah yang dapat aku selamatkan .botol tonic serta sudu tonic chop gajah.sudu ni masih digunakan sehingga sekarang dirumah aku.botol yang mempunya rekabentuk yang menarik.

sudu yang tertera tulisan tonic chop gajah serta gambar orang seakan menarik gajah,mungkin itu lah yang hendak digambarkan jika minum tonic ni boleh kuat hingga boleh menarik gajah.macam makjun kuat sallasa.

terdapat perbezaan pada bahagian bawah botol ni iaitu property of tonic chop gajah dan property of a.s. mohamed kassim & co.yang mana satu dikeluarkan dahulu..?

 

gila botol lama

gila botol lama,keratan akhbar berita minggu ahad 13 feb.2011.dengan adanya berita ni mungkin hobi mengumpul botol tak di pandang rendah lagi .kadang kadang masa tengah cari atau gali botol kat tempat orang lalu lalang  pandangan orang lain macam sikit,mungkin lepas ni tak lagi kot.mungkin ada antara kita pernah kena cam tu.terima kasih kepada pihak wartawan dan media yang membuat liputan masa botologi hi tea tempohari.untuk lebih lanjut boleh lah baca di berita minggu.

ridsect 24 oz

botol ridsect yang aku dapat ni bersaiz besar 24 oz.botol ridsect 3 biji berlainan saiz dan bentuk.untuk melihat yang mempunyai pengepam bolehlah melihat di http://mohdfitri.blogspot.com .

permit gali gagal

di kawasan inilah aku pernah datang pada n3 aku yang lepas dimana botol coke malaya no 2 aku temui pepsi m no 1,pepsi m no. 4 yang dah arwah diatas permukaan tanah je dah nampak botol yeos no.1 yang dah pecah mungkin kalau gali rakan rakan seangakatan kemungkinan besar ada dibawah.kat sinilah yang pernah aku ceritakan aku nak minta kebenaran tuan tanah untuk mengali.

aku dan kawan aku komeng ambil keputusan untuk mencari tuan punya kebun tersebut.susah juga nak mencari sebab kawasan ni bukan tempat aku.setelah bertanya dan mencari info yang aku dapat dari seseorang yang aku bertanya katanya tuantanah tu tinggal disingapore.laa ni sudah leceh takkan nak ke singapore,nasib baik ada uncle yang jaga kebun tu berpuluh tahun lamanya .terus je aku kerumah uncle tu tapi…jawapan yang aku terima agak mengecewakan.uncle tu berkeras tak benarkan masuk kalau masuk juga dia akan report polis.ni sudah berat ni.katanya lagi dulu pernah  orang gali untuk dapatkan besi buruk akibat nya lorong untuk menolak sawit rosak kaca pecah bertaburan.tu yang dia tak bagi sekarang ni.

setelah bertepuk bahu dan pujuk memujuk mengunakan aura dragon ball peringkat ke 7.akhirnya dapat lah aku cari tapi dengan syarat tak mau gali kata uncle tu.kawasan tu banjir lak tu jadi tak dapat lah aku cari semua tempat uncle tu siap tolong cari sekali .menurut kata uncle tu dulunya disinilah tempat membuang botol sebab takde tempat nak simpan.hajat nak tanya dulu .dah disuruh cari.apalagi .ingat dah tak boleh cari lain kali.tapi bila aku tanya ,kalau air sudah kering wa mau datang tengok ,nanti wa jumpa sama lu dulu.uncle tu cakap datang lah tak payah jumpa wa,kalau olang tanya cakap sulaa cakap sama wa.ni sudah bagus.

apa sangat lah yang dapat kalau tak gali.kira ok lah dari tak dapat.dari kisah ini dinasihatkan minta kebenaran dulu sebelum masuk dan jaga orang punya kawasan kalau tak nanti orang lain tak dapat masuk lagi.

ridsect

botol ridsect ni mengandunggi cecair untuk digunakan untuk membunuh serangga seperti nyamuk.diisi didalam penyembur khas.mungkin ada bayak model botol ni.dari 2 botol yang aku ada ni terdapat 2 perbezaan.

botol di sebelah kiri mmpunyai mulut seakan akan botol oren disebelah kanan jenis pusing.

botol disebelah kiri ada tulisan 12 oz this bottle remains the property of the owners of ridsect.disebelah kanan hanya 12 oz.

penutup botol yang aku ada ni sama logo seperti di badan botol.ada penutup tertulis perkataan ridsect dan dibawahnya gambar nyamuk,untuk gambar seperti itu sila pergi ke koleksi fitri barang old skool di http://mohdfitri.blogspot.com.

digunakan dengan penyembur seperti ini.

long bros a.w.singapore

botol long bros aerated water co.singapore.cap ikan paus.botol ni mungkin era 50 an -60 an.masa aku sekolah tahun 1977 emak aku dah gunakan botol macam ni untuk simpan minyak masak.minyak masak dulu bila pagi akan beku tak macam minyak masak sekarang.botol macam ni selalu pecah sebab di panaskan untuk cair kan minyak.

terdapat tulisan THIS BOTTLE BELONG TO LONG BROS A.W.CO.AND CANNOT BE SOLD. tak kisahlah apa yang dia tulis yang pasti botol ni sekarang aku punya.

eng lam aerated water

botol eng lam aerated water factory  134 jalan rahmat batu pahat.sampai sekarang kilang ni masih ada lagi .ada mould petak timbul kat botol ni.

botol ??

aku tak pasti ni botol apa aku tengok nampak menarik je siap ada tempat pemegang lagi tu,aku pun ambiklah..

lebel tak berapa jelas tapi boleh dibaca sikit2 concntrated soluble essence CHERRY CIDER SPECIAL