Category: tin duit


TIN DUIT MILO

TIN DUIT MILO

tin duit milo ni aku dapat sama hari dengan tin duit cap teko.3 barang aku dapat hari tu tin milo,tin cap teko ngan poster dumex,aku dah tanya pada taukey kedai tentang tin duit tapi dia kata dah tak de.aku pun parking motor kat kedai dia aku ronda jalan kaki,kedai ke 2 aku pegi ada tin duit milo,dia cakap harga nak jual ,bila aku suruh ambik aku nak tengok,dia kata kalau ada duit boleh tengok .aku terus blah maklumlah aku datang pakai baju kerja jalan kaki lak tu.kalau ada sapa berhajat aku boleh setelkan.kedai ke3  aku dapat tin cap teko ngan poster dumex.balik nak amik moto aku saja je tunjukkan apa aku dapat time tu juga dia cari tin dia rupanya kat luar kedai.siap dia tunjukkan 2 biji lampu gasolin nak jual.dapat juga aku tin ni.

SEMOGA MAKMUR SENTIASA

SEMOGA MAKMUR SENTIASA setelah dialih bahasa.pandai pandai je aku ni..

Advertisements

TIN DUIT CAP TEKO

tak kerja jalan jalan ngan member aku komeng kat pekan parit yaani cari barang barang lama.kedai kat pekan ni kebanyakannya kedai lama,masa aku kecik lagi dah ada.semua tokey kedai lama kat sini kenal aku. setelah proses rayu merayu maka tin duit ni pun bertukar tangan.dulu tin ni digantung ngan tali panjang dihujungnya ada pemberat.bila nak ambil atau simpan duit tarik je kebawah dan lepaskan ia akan naik sendiri.

di tepi tin ada tulis selamat maju jaya

selamat maju jaya dalam tulisan cina.aku agak je..