Category: tin


nestum

tin nestum lama ni taklah berapa lama sangat pun era 80 an kot sebab kat bahagian bawah tin ada tarikh luput iaitu 11 dec 86,dah payah juga nak nampak tin cam ni sekarang,gambar tiga orang didepan tin yang mengambarkan semua lapisan usia boleh memakannya.

minyak 2t shell-2

kedua dua tin 2t shell ni nampak serupa tapi perbezaan nya adalah di nombor 2 ,satu besar dan satu lagi kecil.

tin disebelah kiri ada tulisan shell malaysia trading sdn bhd bangunan shell,off jalan semantan damansara heights,kuala lumpur.tin disebelah kiri tiada.tin disebelah kiri dibahagian bawah sekali buatan singapura.

perbezaan yang paling jelas sekali ada lah seperti gambar diatas.tak pasti pulak aku yang mana satu keluar dulu yang biasa aku nampak seperti tin disebelah kiri.

 

minyak 2t shell

minyak 2t dalam bekas tin zink ni keluaran sekitar 80 an ataupun mungkinĀ  lebih awal lagi.gambar yang begitu asing bagi zaman sekarang tapi itulah cara pakaian paling hebat di zamannya.retro sungguh.

masih belum digunakan lagi,dah lama tersimpan dalam dalam almari rumah aku .