Category: Uncategorized


ada lagi f&n

ada lagi botol botol f&n yang tertinggal tempohari tak perasan kot..2 botol diatas nampak seperti botol fn yang telah aku post dulu,tapi….

bila dibandingkan dengan botol ditengah,2 biji botol tadi mempunyai cetakan lebih rendah berbanding botol ditengah ,botol ditengah mempunyai cetakan sama tinggi dengan botol botol dibawah.

ada juga yang mempunyai tulisan embos di badan botol dan dibahagian bawah tiada tulisan,yang ada dalam simpanan aku adalah bernombor SG 518 73 dan SG 518 78 ,apakah 2 angka dibahagian belakang bermaksud tahun keluaran kalau 73 mungkin boleh percaya tapi apa cerita pula dengan 78..ada ke keluaran botol ni tahun 1978.

biasanya tengok keluaran botol berdasarkan mould di botol berpandukan samada mould 4 segi timbul ,bulat, longkang,serta mould 4segi tapi macam mana cerita jika satu botol ada 2 mould seperti botol diatas mempunyai mould longkang dan bulat sekaligus,mungkin otai botol dapat berikan jawapan..kepada semua jumpa di botologi esok.

gelas phoenix

kali ni diantara gelas yang aku ada dari jenama minuman yang pernah popular dulu iaitu gelas phoenix,gelas je yang ada botolnya belum  dapat lagi…

gambar botol

masa selongkar barang barang kat batu pahat ternampak pula benda ni kat bawah  almari ,gambar botol botol soda dan tahun keluaran tak pasti pula siapa yang buat benda ni,bolehlah buat rujukan,orang cam aku mana tau sangat pasal botol..baru nak belajar dan menyimpan..

gelas coke

 

 

gelas cocacola go for real thing antara gelas yang aku ada masih terlalu banyak nak kena cari untuk lengkapkan siri gelas coke ni ,pada aku jumpa harga kena sambar je ,kalau tak cukup besar nak minum guna je gelas dibawah ni..

 

 

 

 

 

 

3 dalam 1

kali ini ingin aku kongsikan alatan yang mungkin perlu untuk mereka yang gemar kan pemburuan botol dengan mengali atau mencari sendiri.ini bukan lah promosi barangan,cuma hendak bagi pendapat itu pun jika korang berminat.mungkin diantara kita terpaksa membawa lebih dari satu alatan bila pergi mengali botol,lainlah jika mengali dikedai .sekarang tidak perlu membawa peralatan yang banyak serta panjang.

bila kita hendak mengali mengunakan cangkul bolehlah dipasang begini.jika rasa pemegang kurang panjang bolehlah sambung 1 bahagian lagi.

ada masanya di sudut sudut sukar kita perlukan pahat,bolehlah dipasang kan begini.

ada kalanya akar akar pokok atau batang batang kayu kacil mengangu pencarian botol kita .bila kapak di perlukan bolehlah dipasangkan begini.

jika sesiapa rasakan benda ni perlu bolehlah kekedai welding berdekatan untuk membuatnya.benda ni aku buat sendiri je.untuk menguatkan bahagian mata cangkul tu supaya tajam dan tahan lama bolehlah welding mengunakan welding rod hard feceing.

satu barang lagi yang ada dalam gambar yang pertama tadi ialah sama bentuk macam alat untuk mengankat buah sawit kelori tapi dijadikan kepada 2 bahagian.sudah sampai tempat bolehlah disambungkan.digunakan untuk mengesan kedudukan botol .botol pun tak pecah.

ini semua bukan lokasi sebenar.sekadar demo je.benda ni boleh dimasukan kedalam beg ataupun beg reket tenis,tapi bagi aku biasanya aku letak kat sini untuk persediaan

 

masa botologi hi tea

 

disinilah berlangsungnya botologi hi teapada 29 jan 2011.

sebahagian barang barang lama yang ada kat cafe ni kalau nak tengok lebih banyak lagi sambil makan dan minum diiringi alunan muzik lagu lagu lama silalah datang kesini.

mamber aku komeng yang sempat control handsome kat sini masa botologi hi tea tempohari.

abang ipar aku yang jemput aku dari bukit jalil bawa kesini walaupun sesat 3-4 kali .dah guna gps pun tak jumpa,mungkin gps aku dah lama tak update kot.balik terus ke low yat update baru.

banyak juga barang barang untuk  dijual.sapa yang nak beli boleh beli ,nak menjamu mata pun boleh.

tengah bincang projek juta juta.

botol yang aku dapat dari bro megat hasil dari pertukaran 3 biji botol fn 200ml dan 3 botol fn besar masih ada air semuanya.bro megat suruh aku pilih botol mana aku nak tapi aku segan.aku memang nak sangat botol coke embos tu ,tapi aku tengok harga nya boleh tahan juga.tak kan aku nak pilih botol tu .bro megat ambik botol tu dan botol coke no. 12 di suruh pilih lagi aku  pilih lagi 2 aku akata boleh tak.dia kata boleh.apahal pun terima kasih ganda 23.

dengan ini maknanya botol coke malaya aku dah ada 11 biji kurang lagi 5 kot .cari jangan tak cari.

botol long chan dan cawan ni pun aku dapat hasil dari pertukaran dengan 3 botol fn dari bro wadi.mula mula dia tak bagi gelas mirinda m tu kata nya ada 1 je .tapi akhirnya bagi juga.terima kasih bro.kalau aku dari batu pahat ada botol eng lam dari batu pahat sedang eloklah dapat botol long chan dari negeri jiran melaka.

gelas tu boleh aku padankan dengan botol green spot aku.

botol coke arab 400 ml sumbangan en mat yang aku dapat dalam kuiz yang terakhir.en mat bertanya apakah nama blog saya,aku pun jawab hobi en mat,dapatlah aku botol ni.botol kaca tu..

botol pepsi ni aku dapat pemberian fitri barang old skool masa aku nak balik.terima kasih banyak banyak,tak de apa aku nak bagi kat kau,aku bawa botol 9 biji habis semua.

botol pemberian bro megat kepa aku kawan aku dan abang ipar aku seorang sebiji .terima kasih semoga jumpa lagi semua.

perjalanan balik

botologi hi tea banyak kenangan sepanjang perjalanan pergi,kenangan berjumpa kolekter kolekter di ipoh station antik cafe.kenangan perjalanan balik.dari kl 3.30 petang sampai batu pahat 7.30 sampai rumah 8.30.terkandas di bawah restoran jejantas air keroh sebab bas rosak.hujan lak tu ,aku pun tolong lah driver bas tu betulkan nak senang keja aku masuklah bawah engin bas .tak lah tau sangat boleh lah sikit sikit .lepas siap terus posing kat belakang engin bas.jangan beli pulak nombor tu.

tak perasan lak aku masa masuk bawah engin kepala aku kena minyak hitam terpaksalah driver bas lapkan,tak tahan silau berkilat kot walaupun hari hujan,hai macam macam hal …sabar…apa hal pun botologi hi tea memang seronok rugi sapa tak pergi.

pasti datang

ini bukan tiket bas lama tahun 80 an .tapi tiket baru ,pelik..sejak bila aku kumpul tiket bas.sebenarnya ni tiket bas ke botologi hi tea esok.kalau tak de apa halangan aku pasti hadir,bagi aku yang pertama kali hadir ditengah tengah kolekter otai yang hebat hebat dan dasat ,macam best je.pasti ada kolecter yang suka simpan benda cam ni.

terima kasih-2

terima kasih atas pemberian komeng.. barang barang ni sekembalinya dari bercuti di cameron highland dengan keluarga sebelah awek dia.berupa pembuka botol macam penutup coke.

apa apa pun cam kata megat tak kisahlah apa barang asal ada logo air soda.

apa sekali pun yang penting dah tolong aku basuh botol .

rak nescafe

rak nescafe

waktu aku beli barang kat kedai hardware ditempat aku ternampak pulak rak nescafe ni siap bungkus plastik lagi.harga murah beli lah 4 set .terus letak kat bengkel.mulanya tak tau nak buat apa ngan rak ni .tengah buat kerja ternampak lak botol ,ambik cuba letak kat rak tu.. 1 rak muat 8 botol ,bawak balik terus pasang .nampak ok pulak.